Pembahasan hukum-hukum yang timbul akibat talak bidi’

Pembahasan hukum-hukum yang timbul akibat talak bidi’

 

Pembahasan hukum-hukum yang timbul akibat talak bidi’
Pembahasan hukum-hukum yang timbul akibat talak bidi’

Apabila suami menceraikan isterinya dengan talak bid’I maka disunatkan baginya untuk merujuk isterinya. Jika ia dirujuk kembali oleh suaminya kemudian suaminya mempertahankannya sampai ia suci dari haid yang pada waktu itu ia diceraikan oleh suaminya. Kemudian ia haid dan suci tanpa sang suami mendekatinya kemudian menceraikannya kembali pada masa suci yang kedua yang tidak didekatinya dan juga tidak pada haid yang sebelumnya maka ini dianggap talak bid’i baik talak satu mahupun lebih sesuai dengan kesepakatan para imam mazhab yang empat

Mazhab Maliki

mereka berkata: Seharusnya dia merujuknya kerana ia telah berbuat maksiat. Oleh kerana itu ia wajib keluar dari maksiat itu. Jika ia tidak mahu merujuk maka ia harus diancam oleh hakim dengan hukum kurungan jika ia tidak mahu merujuknya. Jika ia tidak mengabaikan ancaman hakim setelah itu maka ia dijatuhkan hukuman kurungan. Jika dia tidak serik juga setelah dikurung maka dia diancamdengan hukuman cambuk. Jika ia tidak mahujuga merujuk isterinya setelah diancam maka hakim mencambuknya dengan cambukan sesuai dengan kebijakan hakim

Mazhab hanafi

mereka berkata: Dalam hukum rujuk dari talak bid’I ada dua pendapat:

1. rujuk disunatkan. Ini adalah pendapat yang lemah
2. rujuk pada waktu itu diwajibkan sebagaimana pendapat mazhab Maliki

Tidak mengatakan bahawa sang hakim merujuk isteri dari suaminya yang telah menceraikannya itu sah sebagaimana yang dikatakan oleh mazhab Maliki, tapimereka berkata: Sesungguhnya setiap maksiat yang tidak dihad dan tidak harus membayar kifarat wajib dilaksanakan hukum ta’zir sesuai kebijaksanaan hakim untuk mengajarnya agar kembali lagi dimana syariat memandang rujuk untuk mengangkat pengaruh maksiat maka rujuk sama posisinya dengan taubat apabila ia merujuk isterinya maka hilanglah hukum ta’zir. Jika ia tidak merujuk isterinya makasang hakim boleh menta’zirnya sesuai dengan kebijaksanaan untuk mengajarnya agar tidak kembalilagi berbuat maksiat.

Mazhab Syafi’e dan Mazhab Hanbali

Dengan begitu dapat diketahui bahawa Mazhab Syafi’e dan Mazhab Hanbali bersepakat bahawa rujuk itu sunnah, sedangkan Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki bersepakat bahawa rujuk itu wajib tapi mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki berbeza pendapat tantang huraian permasalahan ini sesuai dengan keterangan kita diatas.

Sumber: dutadakwah.org