Pembahagian talak kepada wajib,haram dan lain-lain

Pembahagian talak kepada wajib,haram dan lain-lain

Pembahagian talak kepada wajib,haram dan lain-lain
Pembahagian talak kepada wajib,haram dan lain-lain

 

Asal dalam talak adalah

bahawa talak itu disifati dengan kemakruhan. Setiap talak pada dasarnya makruh. Oleh kerana itu, seorang lelaki tidak boleh menceraikan isterinya tanpa sebab. Oleh kerana itu, Nabi s.a.w bersabda: (Halal yang paling dimurkai oleh Allah s.w.t adalah talak). Oleh kerana itu, talak menjadi wajib hukumnya dan dipaksa seorang suami menceraikan isterinya apabila sang suami lemah untuk menggauli isterinya atau memberi nafkah kepadanya kerana isterinya berhak untuk meminta cerai darinya dan dikabulkan permintaannya dengan dasar bahawa wajib atas suami menurut agama.
Talak hukumnya haram apabila boleh menjerumuskan kedalam perzinaan dengannya atau dengan wanita lain atau boleh menyebabkan memakan hak-hak orang. Talak hukumnya makruh apabila suami menceraikan isterinya tanpa sebab sebagaimana yang diketahui bahawa asal dalam talak itu adalah tidak boleh. Talak hukumnya sunat apabila sang isteri rosak akhlaknya baik wanita itu pelacur atau rosak akhlaknya atau meninggalkan kewajipan seperti solat,puasa dan lain-lain.

Mazhab Hanafi

mereka berkata: Sesungguhnya tidak sah bagi seseorang menceraikan isterinya dengan sebab apapun, tapi suami yang lemah memberi nafkah kepada isterinya ia diajar dengan hukuman penjara sehingga ia menceraikan isterinya atau memberinya infak sebagaimana yang mereka katakana: sesungguhnya tidak dipaksa seseorang menceraikan isterinya kecuali kerana tidak mampu untuk berjimak seperti disebabkan oleh impoten atau sebab lainnya.

Mazhab Hanbali

mereka berkata: Dalam hal ini ada dua pendapat: Sesungguhnya menceraikan isteri yang rosak akhlaknya itu sunnah tapi yang dinukil dari Imam Ahmad bahawa menceraikan wanita yang rosak akhlaknya wajib terutama apabila dia itu seorang wanita tukang zina atau meninggalkan solat atau puasa.

Baca Juga: